I wish all my Indian schoolmates and friends Happy Deepavali , especially to my hostelmates at Asrama Rahman Talib, High School Setapak 1969-1970.
Hari ini saya pergi ke majlis kenduri kahwin seorang 'anaksabak'. Namanya Zainal Maariff Sarwani. Dia tidak bersekolah di Sabak Bernam, tetapi pernah bekerja bersama saya di sebuah bank di Sabak. Maka ramailah kaum kerabatnya dari kampung-kampung di daerah Sabak Bernam datang. Saya berkesempatan berjumpa dengan mereka. Ada orang yang sebaya umur atau lebih tua sedikit dari saya dapat saya kenali. Ada juga beberapa orang yang muda dari saya tak saya kenali tetapi mereka mengenali saya. Ada seorang bekas murid STARP jumpa saya dan menceritakan jawatan saya di bank pada tahun 70'an dulu dan beberapa perkara lain mengenai diri saya yang memang benar. Maka yakinlah saya bahawa dia mengenali saya tetapi saya masih tak dapat mengingatinya. Begitulah bila umur sudah tua ingatan sudah mula berkurangan. Ada seorang lagi 'junior' di STARP kini pegawai besar di bank tempat saya kerja dulu. Saya minta 'business card' darinya manalah tau satu hari nanti saya memerlukan pinjaman untuk syarikat saya. Dulu saya beri orang pinjam sekarang saya pula mohon pinjaman. Kadang-kadang rasa dunia ini taklah terlalu luas dan hidup kita saperti putaran roda.
Sebelum meninggalkan majlis saya ucap terima kasih kepada tuanrumah kerana bukan saja dapat makan tetapi dapat jumpa kawan-kawan lama. Daripada pengamatan saya setelah menghadiri beberapa majlis kenduri atau kematian rasanya anak-anak Sabak ramai yang punyai tali persaudaraan. Malahan ramai yang datang dari sekolah yang sama, Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra.
Monday, October 27, 2008
Friday, October 10, 2008
BULAN SYAWAL
Dua hari Syawal saja dapat berada di kampung, tak sempat mengunjungi semua saudara-mara. Tapi meriah juga dapat berkumpul 10 keluarga adik-beradik di rumah ibu. Kemudian bergilir rombongan lawatan ke rumah mereka yang tinggal di kampung. Kecuali aku dan 3 orang adik lain yang tidak bermastautin di Sabak Bernam.
Pulang ke KL berbeza suasana. Tiada kemeriahan raya, belum lagi ada rumah terbuka. Di masjid pun tak ramai jemaah dan tak ada ceramah atau tazkirah. Mungkin ramai yang meneruskan berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal.
Sebaliknya suasana ekonomi dunia kelangkabut, pasaran saham merudum. Yang melabur dalam saham amanah juga terjejas. Nilai saham telah merosot dan kerugian 'atas kertas' banyak juga. Ada kawan kata inilah masanya untuk beli saham murah kalau ada duit. Untuk meredakan kebimbangan jangan tengok harga pasaran, simpan saja saham yang ada dan tunggulah sehingga naik semula tak tau bila.
Suasana politik masih terus bergelora. Akhirnya Pak Lah setuju melepaskan jawatan PM dan Presiden UMNO lebih awal dari rancangan asal. Lebih awal lebih baik supaya PM baru segera bertindak memulihkan ekonomi negara. Ada kawan dah masuk PKR,dan yang masuk PAS dah jadi ahli Majlis Daerah. Tak apalah asalkan niat untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Kepada kawan-kawan yang masih dalam UMNO buatlah reformasi besar-besaran. Gugurkan pemimpin yang rasuah dan tidak bermoral tinggi. Kenalpasti ahli yang berkaliber dan amanah untuk dijadikan pemimpin. Barulah orang Melayu sokong semula UMNO.
Dalam berpolitik orang Melayu harus hentikan 'budaya ketam', cantas mencantas dan PHD(Persaan Hasad Dengki). Olih itu eloklah gandingan Najib-Muhyiddin memimpin UMNO kearah pemulihan dan kecemerlangan UMNO. Yang lain tu 'ukurlah baju dibadan sendiri' (cut your coat according to your cloth).

Hari Ahad lalu kami sekeluarga ke Melaka singgah di rumah kawan sekolah. Dia jamu nasi dan berbagai lauk termasuk daging Kijang. Lepas jamu nasi dijamu pula dengan kuih raya. Berbaloi memandu jauh dapat makan sedap. Tapi yang lebih penting ialah layanan dan tanda keakraban sahabat.
Hujung minggu ini sudah mula majlis rumah terbuka. Selalunya jemputan diterima untuk hari yang sama, kadang-kadang tak sempat nak kejar. Di kampung acara rumah terbuka belum jadi amalan, tapi yang biasa ialah ziarah secara rombongan yang di panggil 'baraan'.
Subscribe to:
Posts (Atom)