1.0 10hb Zulhujjah 1420Hijrah bersamaan 27hb November 2009Masihi adalah hari raya Aidil Adha ataupun Hari Raya Korban. Pada hari sebelumnya jemaah haji berada di padang Arafah untuk melaksana rukun haji.
2.0 Bagi kita yang berada di Malaysia kita menunaikan solat sunat Aidil Adha di masjid-masjid pada hari Jumaat. Ada orang kata kalau raya jatuh pada hari Jumaat ianya 'haji akbar'. Apa yang saya difahamkan olih seorang ustaz yang menjelaskan dengan hujjah yang 'detail' bersandarkan Al-Quran, hadith dan pandangan ulama-ulama mu'tabar bahawa 'haji akbar' tidak ada kaitan dengan hari. Bermakna 'haji akbar' bolih berlaku pada mana-mana hari dari Ahad hingga ke Sabtu. Saya telah membeli CD ceramah berkenaan untuk diperdengar kepada sesiapa yang masih keliru mengenai isu 'haji akbar'.
3.0 Saperti tahun-tahun lalu saya mengadakan sembelihan lembu korban di rumah ibu saya di kampung dan dikongsi bersama adik-beradik.
4.0 Bagi tahun ini saya membuatkan korban untuk arwah bapa saya di tempat lahir saya iaitu di Parit 4 Sg. Besar. Daging lembu korban dimasak untuk jamuan seluruh kampung. Dalam majlis itu telah diadakan doa tahlil, ucapan-ucapan, tazkirah dan madihin (pantun orang Banjar). Alhamdulillah saya dapat melaksana wasiat arwah bapa saya supaya saya membuatkan korban untuknya.
5.0 Hanya beberapa orang saja yang kenal saya di kampung itu kerana saya telah berhijrah sejak tahun 1957. Dalam ucapan saya di majlis tersebut saya memaklumkan kepada orang ramai bahawa saya adalah anak kelahiran kampung itu.
6.0 Saya dapati ekonomi orang disana telah meningkat jika dibanding dengan zaman dulu. Namun jalan kampung masih sempit dan berlubang-lubang. Rumah -rumah masih berbentuk lama dan dibuat dari kayu. Kebanyakan orang mengguna motorsikal dan sedikit saja yang ada kereta. Terdapat juga beberapa buah rumah yang terbiar kosong kerana tuanpunya telah meninggal dunia dan anak-anak telah berhijrah ke bandar atau menjadi peneroka Felda.
7.0 Itulah tempat lahir saya dan di majlis kenduri korban itu saya memohon orang kampung menerima saya sebagai 'ahli karyah bersekutu'.
Sunday, November 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)