MERDEKA!
1. Sambutan ulangtahun merdeka yang ke 51 tahun ini sangat malap berbanding tahun-tahun lalu. Apa sebab sebenar aku tak pasti. Ada yang kata sebab ekonomi yang meruncing. Ada yang kata keadaan politik yang sedang kucar-kacir. Apa pun bagi aku semangat cintakan negara dan menghargai erti kemerdekaan tidak luntur. Dirumahku Jalur Gemilang berkibar. Sangat sedikit Jalur Gemilang dikibar dikedai, gedung, rumah atau kenderaan.
2. Sewaktu negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 aku baru masuk sekolah Darjah Satu.Sekolah itu namanya Sekolah Umum Simpang Tiga, Bagan Datok, Perak. Sambutan perayaan merdeka diadakan di sekolah agak meriah. Tapi aku tak begitu mengerti apa ertinya merdeka itu. Yang aku ingat dapat makan dan minuman percuma.
3. Kerana negara merdeka aku dapat meneruskan persekolahan. Di Tingkatan Enam aku dapat biasiswa walaupun tak memohon. Sampai ke Universiti pun aku dapat biasiswa Kerajaan Persekutuan disamping dapat pinjaman Mara. Itulah keistimewaan Bumiputra.
4. Dengan Dasar Ekonomi Baru aku dipilih untuk berkerja di sektor swasta. Kerajaan sanggup mengecualikan aku daripada berkhidmat dengan Kerajaan semata-mata kerana hendak meramaikan eksekutif Bumiputra di sektor swasta.
5. Walau apa pun orang kata aku tetap mengenang jasa Kerajaan yang ada. Merdeka!
Ramadhan Al-Mubarak
1. Esok kita akan mula berpuasa kerana bulan Ramadhan yang penuh berkat sudah tiba. Bersyukurlah kita kerana di beri peluang olih Allah menjalankan ibadah puasa sekali lagi.
2. Disamping puasa ibadah lain juga jika dilakukan akan mendapat ganjaran 70 kali ganda berbanding bulan-bulan lain. Kalau nak bayar zakat harta dan pendapatan pun elok dibuat dalam bulan ini.
3. Diantara adab berpuasa ialah:
a. Jangan mengumpat
b. Kurangkan makan dan minum
c. Kurangkan tidur
d. Menahan diri daripada memikir perkara yang tak penting
e. Mengingati orang susah
4. Selamat menjalankan ibadat puasa dan mentadabburi Al-Quran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pak Murad,
Saya pun menyambut Merdeka di Padang Merdeka. Jumpa dengan orang kampong Pak Murad.
Saya tidak tahu pasal padang golof di Jogja. Itukan permainan golongan proliter. Saya cuma bisa berspeda aja di Jogja
Post a Comment