Friday, September 26, 2008

SALAM AIDILFITRI






1. Hari Raya Aidilfitri dah nak tiba. Kami sekeluarga balik kampung macam tahun-tahun lalu.Maklumlah anak Sabak ni masih ada ibu, adik-beradik dan ramai sanak saudara di sana. Kebetulan isteri pun anak Sabak. Selagi ibu masih ada dah jadi 'syarat' mesti beraya di kampung. Tak pernah seumur hidupku tak beraya di rumah ibubapa, kecuali sekali. Tahun itu aku sedang menghadapi pepereksaan Higher School Cert.(Form 6) di KL. Sedih tinggal di asrama, kebetulan aku seorang saja budak Melayu.





2.Menyambut Hari Raya dikampung lebih meriah dari di bandar. Dapat jumpa orang-orang kampungku di surau sebelum solat Aidilfitri. Ramai juga anak-anak muda yang aku dah tak kenal. Apapun itulah kampungku, 48 tahun lalu tak ramai penduduknya. Aku boleh bilang setiap rumah dan juga kenal setiap keluarga yang mendiaminya. Hari ini mungkin sekadar 10% saja ahli kariyah yang aku kenal. Dulu bilangan rumah hanya ada lebih kurang 20 kini sudah melebihi 200.


3.Dulu selepas solat, rumah pertama jemaah akan kunjungi ialah rumah Tok Imam. Ibuku dan semua adik-beradik sibuk menyediakan juadah dan menyambut tetamu. Selepas itu aku akan mengikuti rombongan tadi untuk berkunjung ke rumah jiran-jiran lain. Kini acara kunjungan secara beramai-ramai tidak dianjurkan lagi kerana jalan raya dah sebok, penduduk dah ramai dan untuk mengelak daripada berlaku kemalangan jalanraya. Jamuan Hari Raya diadakan selepas solat diperkarangan surau saja. Selepas itu kunjung mengunjung diadakan dalam kumpulan kecil.


4. Aku sekeluarga akan menziarahi rumah adik-beradik, saudara-mara terdekat yang sempat saja. Kalau nak di kunjungi semua tak cukup masa.


5. Kepada rakan-rakan sekolah yang ada di Sabak aku harap dapat berjumpa.


6. Dikesempatan ini aku dan isteri mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali kami dan yang membaca blog ini.







4 comments:

Anonymous said...

you are right bro, as long as our parent is still living , we are dutybound to make their lives as comfortables as possible in their twilight years. Visiting our parents as many times possible is a must. Repayment to them is impossible for the sacrifices they have made throughout our growing years. may god bless you. RMN

AMJ said...

RMN,Thank You for yr comment. We are now in the blogging era, borderless world..

Unknown said...

Seronoknya dapat balik kampong dan beraya dengan ibu dan keluarga.Bagi kawan kamu yang sorang ni tidak dapat merasainya lagi. Kedua2 orang tua dah 3 tahun pergi meninggal kami.Yang menyedihkan lagi orang tersayang pun bagitu juga.Hanya anak2 dan cucu2 beraya bersama. Masih terbayang di pagi raya kami duduk beratur mengikut susunan yang tua didepan anak2 dan cucu beratur samapi kedapur panjangnya untuk bersalaman kemaafan pada kedua2 orangtua.Bayankan diwaktu itu dah ada 33 cucu dan 35 cicit.Riuh rendah tidak terkira.Yang paling tak seronoknya nak masuk bilik air ,dah ada dua buah tapi masih tidak dapat menampung.Kalau buat cucur kuduk 3 kilo memang tak cukup. Orang tua (bapa) sampai tidur dimasjid dikampong tu waktu siang memandangkan bisingnya cucu dan cicit punya hal. Kalau malam berebut bantal dan kain selimut,sampai ada menyoroknya di celah2 tempat yang tidak nampak.Tapi aku tak kesah ,aku biarkan mereka tidur masa tulah aku buat projek curi bantal.Sekarang semua tinggal kenangan manis.

ImaDean said...

salam aidilfitri en murad...
saya dh singgah blog en murad....nice blog!!
keep in touch ye!!!