I wish all my Indian schoolmates and friends Happy Deepavali , especially to my hostelmates at Asrama Rahman Talib, High School Setapak 1969-1970.
Hari ini saya pergi ke majlis kenduri kahwin seorang 'anaksabak'. Namanya Zainal Maariff Sarwani. Dia tidak bersekolah di Sabak Bernam, tetapi pernah bekerja bersama saya di sebuah bank di Sabak. Maka ramailah kaum kerabatnya dari kampung-kampung di daerah Sabak Bernam datang. Saya berkesempatan berjumpa dengan mereka. Ada orang yang sebaya umur atau lebih tua sedikit dari saya dapat saya kenali. Ada juga beberapa orang yang muda dari saya tak saya kenali tetapi mereka mengenali saya. Ada seorang bekas murid STARP jumpa saya dan menceritakan jawatan saya di bank pada tahun 70'an dulu dan beberapa perkara lain mengenai diri saya yang memang benar. Maka yakinlah saya bahawa dia mengenali saya tetapi saya masih tak dapat mengingatinya. Begitulah bila umur sudah tua ingatan sudah mula berkurangan. Ada seorang lagi 'junior' di STARP kini pegawai besar di bank tempat saya kerja dulu. Saya minta 'business card' darinya manalah tau satu hari nanti saya memerlukan pinjaman untuk syarikat saya. Dulu saya beri orang pinjam sekarang saya pula mohon pinjaman. Kadang-kadang rasa dunia ini taklah terlalu luas dan hidup kita saperti putaran roda.
Sebelum meninggalkan majlis saya ucap terima kasih kepada tuanrumah kerana bukan saja dapat makan tetapi dapat jumpa kawan-kawan lama. Daripada pengamatan saya setelah menghadiri beberapa majlis kenduri atau kematian rasanya anak-anak Sabak ramai yang punyai tali persaudaraan. Malahan ramai yang datang dari sekolah yang sama, Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dahulu semasa kita bekerja dan tengah membesarkan anak2 kita tidak ada kesempatan untuk berjumpa walaupun kerja disekitar kl aje. Bila dah bersara pusingan hidup kita berbalik pulak macam zaman persekolahan. Terkenangkan kawan2 lama, dapat kumpulkan balik buat reunion lagi. Agaknya kepala kita dah tak berat tang kerja jadi ada masa untuk mencari kawan2 lama. Pada aku kawan2 sekolahlah yang lekat dihati tak sama dengan kawan2 sewaktu bekerja dahulu.
Hi Anak Sabak,
Mana lagi update yg bapak pergi main golof di Jogja tu.
Post a Comment